OPINI

ARTIKEL

KHASANAH

MOZAIK

NASIONAL

INTERNATIONAL

.

.

Minggu, 16 Juli 2017

DUH MALUNYA! Gara-Gara Perppu No 2/2017, Koran Malaysia: Presiden Jokowi Disifatkan Diktator

DUH MALUNYA! Gara-Gara Perppu No 2/2017, Koran Malaysia: Presiden Jokowi Disifatkan Diktator

10Berita-Kebijakan Jokowi menerbitkan Perppu No 2 Tahun 2017 akhirnya memicu reaksi negara tetangga, Malaysia.

Tak tanggung-tanggung, Malaysia menilai Jokowi mulai bersifat diktator.

Penilaian Malaysia ini tertuang dalam berita pada versi cetak dan online media UTUSAN, yang terbit Kamis, 13 Juli 2017.

Berikut kutipan beritanya.

Pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Hak Asasi Ma­nu­sia (HRW) negara ini mengecam keputusan kerajaan Indonesia mengharamkan pertubuhan yang tidak menyokong ideologinya dan menyifatkan Presiden Joko Widodo (Jokowi) sebagai diktator.

Pertubuhan Hizbut Tahrir (HTI) yang menyokong penubuhan negara Islam di Indonesia dan ‘bersih’ daripada sebarang kes keganasan, memaklumkan akan mencabar keputusan itu di mahkamah.

“Kami akan mengkaji undang-undang ini dan merancang strategi baharu agar boleh meneruskan aktiviti,” kata jurucakap HTI, Ismail Yusanto kepada portal ABC.

Pertubuhan itu yang diiktiraf oleh kerajaan Australia turut mengecam Jokowi kerana menyenaraikan pertubuhan tersebut sebagai radikal.

“Kami adalah Islam sejati. Jokowi kini telah berubah menjadi presiden diktator,” katanya.

Semalam kerajaan Indonesia mengumumkan ordinan Presi­den baharu yang menyasarkan pertubuhan Islam terutama yang melancarkan bantahan besar-besaran terhadap bekas Gabenor Jakarta, Busuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai
Ahok.

Selain HTI, Barisan Pertahanan Islam (FPI) yang merupakan antara pertubuhan mendesak Ahok dipenjarakan, adalah pertubuhan yang diharamkan.

Pakar analisis dan kumpulan hak asasi manusia bimbang dengan pelaksanaan ordinan itu yang masih belum dikemukakan di Parlimen Indonesia ataupun dicabar di mahkamah.

“Peraturan Pemerintah Peng­ganti Undang-Undang (Perppu) ini merupakan ancaman terhadap demokrasi dan perlembagaan,” kata pakar undang-undang, Irman Sidin.

Katanya, ini merupakan kali pertama kerajaan di bawah pemerintahan Jokowi menguat­kuasakan undang-undang itu sejak kejatuhan bekas diktator Suharto.

Bekas Menteri Kehakiman, Yusril Ihza Mahendra berkata, pelaksanaan Perppu merupakan langkah ke belakang bagi demokrasi di Indonesia.

Penyelidik HRW, Andreas Harsono berkata, kerajaan hanya boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan yang disyaki melakukan pencabulan undang-undang.

“Mengharamkan sebarang per­tubuhan hanya kerana ideo­logi adalah tindakan drakonian yang menyekat kebebasan pertubuhan dan hak bersuara yang telah diperjuangkan oleh rakyat Indonesia sejak peme­rintahan diktator Suharto,” katanya.

Beberapa pihak lain pula menyifatkan penguatkuasaan undang-undang sebagai strategi menjelang pilihan raya yang dijangka pada 2019.

Sumber: https://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/presiden-jokowi-disifatkan-diktator-1.502559

-----------------

Keberanian media Malaysia mengabarkan sifat diktator Jokowi, ditanggapi oleh netizen.

@Panca66: Koran Malaysia ini aja sudah berani bilang Jokowi diktator. Efeknya panjang. Apa ga ada orang istana yg mengingatkan? #RIPDemokrasi

@bangkotanbanget: Mereka merasa yg dikatakan itu adalah kebenaran

@mw_abbas: Barangkali, koran Malaysia ini juga akan kena blokir oleh @jokowi?

Sumber: Portal Islam