Profesor Dari Jepang Memeluk Agama Islam Setelah Meneliti Keunikan Air Zam Zam
10Berita, Professor dari Japan memeluk agama Islam kerana keunikan air zam-zam. Firman Allah S.W.T:
أَوَلَم يَرَ الَّذينَ كَفَروا أَنَّ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضَ كانَتا رَتقًا فَفَتَقنٰهُما ۖ وَجَعَلنا مِنَ الماءِ كُلَّ شَيءٍ حَىٍّ ۖ أَفَلا يُؤمِنونَ
“Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?” (QS. al-Anbiya, ayat 30 )Maha Suci Allah yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini. Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling setia dan amat peka sekali dalam menjalankan perintah Tuhannya
Dalam penelitian ilmuan sain dunia, Menemukan satu fakta “Air sebagai alat perakam terbaik”
Air dapat merekam setiap bunyi gema getaran yang dihadirkan kepadanya dengan baik termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata).
Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata.
Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan mandi dari hadas kecil ataupun besar yang harus di letakkan dengan niat.
Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merekam niat kita? Molekul air mempunyai struktur yang mudah.
Namun begitu, struktur ini dapat menghasilkan tindak balas yang kompleks. Air terdiri daripada satu atom oksigen dan dua atom hidrogen.
Dalam kajian Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air.
Air murni dari mata air di Pulau Honshu didoakan mengikut tradisi agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 °C kemudian ia diambil gambar dengan mikroskop elektron dengan kamera kwalitas tinggi. Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.
Ujicoba Air diulangi dengan membacakan kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa Japan)” di depan botol air tadi. Kristal yang terbentuk sangat indah.
Lalu dicoba dengan menghadapkan tulisan huruf Japan, “Arigato”. Kristal membentuk dengan keindahan yang sama.
Selanjutnya ditunjukkan kata “syaitan”, maka molekul air berbentuk buruk.
Diputarkan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Ketika muzik heavy metal diperdengarkan, molekul kristal air itu terus hancur.
Ketika 500 orang berkonsentrasi memusatkan pesanan “peace” di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika diuji dengan dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah
***
Saat seminar yang dihadiri oleh pengunjung non muslim, Prof. Masaru Emoto menunjukkan beberapa molekul air yang buruk rupanya.Kemudian yang terakhir beliau menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah, berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan. Beliau kemudiannya bertanya kepada hadirin tentang molekul air tersebut.
Hadirin senyap. Dengan yakinnya seorang peserta seminar bangun dan berkata “Itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia”.
Prof. Emoto menggangguk dan berkata: “Saya tidak dapat memastikan bahwa Air ini yang paling mulia tetapi memang benar ini adalah molekul air zam-zam”.
Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia melakukan percobaan dengan air di Swiss, Berlin, Perancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk membentangkan hasil penemuannya pada bulan Mac 2005 lalu.
Ternyata air dapat ”mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan, dan boleh “mengerti” pesanan.
Di dalam bukunya “The Hidden Message in Water”, Dr. Masaru Emoto menguraikan bahawa air mempunyai sifat yang dapat merakam pesanan, seperti pita magnetik atau compact disk.
Semakin kuat konsentrasi yang diberikan oleh pemberi pesanan (contoh pembaca doa pengobatan menggunakan air) maka akan semakin kuat dan berkesan rakaman yang direkam-kan pada molekul air berkenaan. Maka air itu boleh memindahkan pesanan tadi melalui molekul air yang lain.
Penemuan ini menjelaskan air putih yang didoakan mampu menyembuhkan penyakit mengikut bacaan dan niat.
Air berkemampuan untuk menangkap pesanan dan niat doa untuk penyembuhan penyakit lalu dipindahkan pesanan dan niat itu kepada molekul air yang ada dalam badan pesakit itu contohnya kepada molekul cecair darah.
Tubuh manusia terdiri daripada 75% air. Otak mempunyai 74.5% air, Darah 82% air. Tulang yang keras pun mengandungi 22% air.
Rasulullah saw, bersabda,: ”ZamZam Lima Syuriba Lahu,” maksudnya, Air zam zam akan melaksanakan pesanan dan niat orang yang meminumnya.
Barang siapa yang meminumnya untuk merasa kenyang, dia akan berasa kenyang. Barang siapa yang meminumnya dengan niat untuk penyembuhan, InsyaAllah dia akan sembuh.
Wallahua’lam.
Sumber: Islampos