OPINI

ARTIKEL

KHASANAH

MOZAIK

NASIONAL

INTERNATIONAL

.

.

Kamis, 26 Oktober 2017

7 Ciri Penghuni Surga Firdaus

7 Ciri Penghuni Surga Firdaus


10Berita - Manusia akan memperoleh ganjaran setimpal berdasarkan usaha atau amalan dilakukannya baik perkara kecil atau besar yang tergolong dalam perbuatan yang baik dan buruk. Allah berfirman:

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ () وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

Barang siapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya). Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya).” (QS. al-Zalzalah : 7-8) .

Setiap apa yang dilakukan memberi kesan kepada diri manusia itu dan mereka yang beriman pastinya berusaha melakukan lebih banyak perbuatan baik.

Orang Mukmin yang taat adalah golongan yang mendapat kemuliaan dan kasih sayang Allah dan dijanjikan sebagai penghuni syurga bernama Firdaus yang kekal di dalamnya.

Tujuh ciri dimiliki golongan ini dinyatakan Allah dalam surah al-Mukminun, ayat 1 hingga 11. Ciri itu ialah:

1. KhusyuDalam Menunaikan Sholat
Insan yang Mukmin mampu melaksanakan solat dengan khusyuk sesuai dengan keteguhan dan kemantapan iman dimilikinya. Pengertian khusyuk mencakupi seseorang itu memahami apa yang dibaca dan dilakukannya dalam solat.

Menurut Imam al-Ghazali, dalam khusyuk itu juga harus ada rasa takut kepada Allah. Sembahyang yang dikerjakan dengan khusyuk adalah syarat pertama untuk mewarisi syurga Firdaus.

2. Memelihara Diri Daripada Perbuatan yang Tiada Berguna
Seseorang yang benar-benar mukmin tidak akan membiarkan masa berlalu dengan tidak melakukan perkara berfaedah.

3. Menunaikan Zakat
Seorang Muslim sejati akan rela dengan ikhlas menunaikan kewajipan zakatnya tanpa wujud paksaan, lantaran sedar bahawa hartanya sudah memenuhi syarat untuk berzakat.

Selain itu, dia sedar bahawa pada harta miliknya itu ada hak orang lain yang harus diberikan, terutama hak fakir miskin. Hartanya yang sebenar hanyalah harta yang tinggal selepas dikeluarkan zakatnya.

4. Menjaga Kehormatan
Orang mukmin berjaya akan menghindarkan diri daripada melakukan penyimpangan dalam hal seksual dan tidak mendekati zina.

Dia tidak akan berlaku serong dan hanya menyalurkan keinginan syahwat (persetubuhan) melalui jalan halal dengan pasangan sah.

5. Melaksanakan Amanah
Seseorang mukmin yang diberi kepercayaan akan menunaikannya dengan baik kerana kepercayaan itu adalah penghormatan paling berharga baginya.

6. Memenuhi Janji
Islam mengajar bahawa setiap janji mesti ditunaikan kerana janji itu ibarat hutang. Lantaran itu ia perlu dibayar. Segala sesuatu yang dijanjikan perlu dipenuhi kerana yang demikian adalah ciri Mukmin berjaya.

7 Memelihara Sholat
Solat pada pandangan Mukmin sejati paling penting. Jadi, solat mereka cukup terpelihara, sehingga dapat dilaksanakan dengan begitu baik lagi sempurna.

Waktu solat dijaga dengan baik seperti solat pada awal waktu. Begitu juga dengan rukun dan pelbagai syarat lainnya yang mana semuanya itu sangat diberi perhatian.

Sumber: didakwah.blogspot.co.id

Related Posts:

  • Inilah 8 Tanaman Hias Penyerap Racun di Dalam RumahInilah 8 Tanaman Hias Penyerap Racun di Dalam Rumah 10Berita - Pada akhir tahun 1980an, Ilmuan di Amerika Serikat melakukan penelitian terhadap tanaman hias yang dianggap mampu untuk membersihkan udara dan menghilangkan racu… Read More
  • Jangan Menyerupai Sikap Ingkar Yahudi Jangan Menyerupai Sikap Ingkar Yahudi ilustrasi Penganut Yahudi membunyikan terompet dalam perayaan Rosh Hashana 10Berita - ‘IKRIMAH berkata, pada suatu hari aku mendatangi Ibnu Abbas yang sedang menangis, sedan… Read More
  • Susah Bedakan Madu Asli dan Madu Palsu? Gunakan Beberapa Cara Jitu ini Susah Bedakan Madu Asli dan Madu Palsu? Gunakan Beberapa Cara Jitu ini 10Berita  - Di balik manisnya madu, ada beragam manfaat yang bermanfaat untuk tubuh. mulai dari bermanfaat untuk perawatan kulit, membantu meny… Read More
  • Ternyata Kota Makkah Pernah Memiliki Pelabuhan Ternyata Kota Makkah Pernah Memiliki Pelabuhan 10Berita – Komisi Pariwisata dan Warisan Budaya Saudi (SCTH) mengungkap sejarah rahasia Al-Sereen, salah satu pelabuhan Makkah paling penting keberadaan dan letaknya. Pela… Read More
  • Lari dari Ulama Lari dari Ulama 10Berita , Oleh Ustaz Muhammad Arifin Ilham Gelaran pemilukada DKI Jakarta yang telah mengaduk-aduk emosi keberagamaan kita sudah usai. Namun dampak polarisasi umat itu masih sangat terasa. Bahkan sepe… Read More